Skip to main content

WAJAH SEBENAR SYED SADDIQ?

 

Semakin ramai anak muda kita yang termakan dengan kata-kata manis mantan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abd Rahman kebelakangan ini. Kita sering melihat pelbagai sokongan kepada beliau di alur masa atau timeline media sosial seperti Twitter, contohnya seperti #MasaKita dan lain-lain. Adakah kita semua sudah lupa wajar sebenar Syed Saddiq?

Jika kita lihat keadaan semasa di kancah politik negara, memang tidak dapat dinafikan bahawa suara anak muda itu semakin hari semakin terbiar – dan tohmahan-tohmahan yang disajikan oleh segelintir ahli parlimen di Dewan Rakyat juga secara tidak langsung telah memberi Syed Saddiq sebuah platform yang mantap untuk agenda politiknya. Hasilnya adalah apa yang kita dapat lihat pada hari ini – di mana ramai di kalangan kita yang seolah-olah mengidolakan seorang mantan Menteri yang secara jujurnya, mempunyai track record yang kurang memuaskan.

Terkini viral pulak surat yang ditulis oleh Syed Saddiq kepada bekas perdana Menteri (Tun Mahathir) untuk meminta peruntukan tambahan sebanyak RM5 juta pada 6 Ogos 2019.


Mungkin ramai sudah lupa Youth Power Club (YPC) yang diumumkan oleh Kementerian Belia dan Sukan pada pertengahan tahun yang lepas – yang secara amnya merupakan sebuah komponen dalam inisiatif Youth Power oleh Syed Saddiq untuk menjadi sebuah platform anak muda yang berskala besar. Menurut rancangan KBS pada masa itu, YPC akan ditubuhkan di 222 konstituen di seluruh negara, serta disokong oleh pembiayaan atau sponsorship dari sektor swasta dan juga pembiayaan dari kerajaan sebanyak RM 50 juta.

 

Di majlis pelancaran YPC pada Hari Belia Negara tahun lepas, Tun Dr Mahathir juga mengumumkan bahawa organisasi-organisasi belia di seluruh Malaysia boleh memohon geran untuk aktiviti ataupun projek mereka daripada YPC.

Pada belanjawan yang lepas, pembangunan belia telah diberi peruntukan sebanyak RM138 juta dan dari jumlah ini RM50 juta telah disisihkan untuk YPC. Kita semua sedia maklum bahawa RM50 juta sahaja sudah tentu memadai dalam perencanaan aktiviti-aktiviti YPC untuk “membangunkan generasi belia semasa”. Jadi mengapa Syed Saddiq perlu meminta pertambahan RM5 juta dari PM pada ketika itu (Tun Mahathir), dalam tempoh masa hanya 4 bulan selepas pelancaran? Adakah kerana ia diperlukan oleh ARMADA ataupun sebagai satu “political slush fund


Sepanjang karier pendek Syed Saddiq dalam Kementerian Belia dan Sukan, YPC merupakan projek tunjang beliau sebagai seorang Menteri. Walaupun ramai yang merasakan bahawa segala inisiatif yang diasaskan oleh beliau berpotensi untuk membawa anak muda Malaysia ke hadapan, kita perlu memahami konteks ketika itu: apakah sebab YPC ditubuhkan dan kenapa ia memerlukan suntikan dana yang banyak?

Jika kita teliti balik apa yang berlaku pada ketika itu, 4 minggu sebelum tarikh 6 Ogos 2019 iaitu pada 11 & 12 Julai 2019 telah tular satu berita dimana Syed Saddiq telah didapati cuba menggunakan platform NGO - Majlis Belia Negeri Johor untuk mendapatkan sokongan belia-belia Johor dan untuk kepentingan politik beliau. Tetapi perkara ini tidak berjaya kerana pimpinan NGO tersebut enggan menurut desakan-desakan Syed Saddiq. 

 

https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/07/12/johor-youth-council-accuses-syed-saddiq-of-meddling-in-state-affairs/1770862

https://www.sinarharian.com.my/article/37081/EDISI/Johor/Syed-Saddiq-jangan-campur-urusan-Johor-MBNJ

Mungkin kerana keputusan tersebut dan kerana Syed Saddiq yang berasal dari Johor sudah mempunyai hubungan renggang dengan pihak istana, Syed Saddiq terpaksa menggerakkan platform-platform lain dibawah YPC untuk meraih sokongan dan menjayakan agenda politiknya. Dan permohonan RM5juta adalah untuk membiayai YPC sebagai platform dan jentera politik peribadinya. Nampaknya jelas Syed Saddiq telah mewujudkan satu dana simpanan politik (political slush funds) untuk agenda politik peribadi beliau.

SYED SADDIQ BERSAMA PRESIDEN YOUTH POWER CLUB YANG PERNAH DITAHAN SPRM


Pada 3 Jun 2020 yang lepas , SPRM telah menahan seorang individu yang bernama Rafiq Hakim Razali kerana disyaki terlibat dalam penyelewengan dana akaun ARMADA. Siapakah individu ini? Rafiq Hakim Razali merupakan Presiden Youth Power Club (YPC) dan juga Bendahari ARMADA. Dari sini memang jelas YPC menggunakan duit rakyat tetapi berkerja rapat untuk kepentingan politik ARMADA.

Untuk rekod, Syed Saddiq yang juga bekas Ketua Pemuda Armada Bersatu telah terpalit isu rasuah bersama Bendahari Armada Bersatu, Rafiq Hakim Razali yang juga Presiden Youth Power Club juga telah disoal siasat oleh SPRM mengenai kes ini. Rafiq direman SPRM selama 5 hari pada Jun lepas dan kertas siasatan masih belum lengkap lagi kerana ia berkaitan dengan RM250,000 tunai yang hilang/dicuri dari rumah Syed Saddiq.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/seorang-lagi-ahli-armada-ditahan-bantu-siasatan-kehilangan-wang-syed-saddiq-245767

https://www.malaymail.com/news/what-you-think/2020/02/21/the-youth-power-club-ppbm-relationship-marcus-lim/1839562

https://suaramerdeka.com.my/siasat-rm50-juta-dana-youth-power-club/

https://suara.tv/05/06/2020/skandal-armada-bersatu/

https://mykmu.net/2020/06/06/skandal-armada-bersatu-siasat-kehilangan-rm250-ribu-jumpa-rm400-ribu/

 

Pada masa yang sama sebuah akaun intagram @Divaloca2 membuat dakwaan  terdapat penemuan sejumlah RM400 ribu semasa serbuan yang dibuat oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke pejabat sebuah pertubuhan belia yang berkaitan dengan Armada Bersatu.

Menurutnya lagi,  pihak berkuasa telah menjumpai wang tunai sejumlah RM400 ribu yang di simpan di dalam almari yang dimiliki oleh Bendahari pertubuhan belia tersebut. Penemuan wang tunai ini dikatakan berpunca daripada Dana RM50 juta yang disediakan oleh kerajaan untuk pertubuhan belia dan diuruskan oleh Youth Power Club (YPC) Kebangsaan.

Adakah Rafiq Hakim Razali sememangnya pencuri yang perlu dihukum? Atau adakah Rafiq sendiri diminta oleh pihak-pihak tertentu untuk menampilkan diri sebagai "pencuri", dan pada masa yang sama pencuri sebenar dapat memanjat pagar dan melepaskan diri?

Masih lagi segar di fikiran semua bahawa pada masa itu Syed Saddiq, seperti ayam yang hampir disembelih, sedang bertungkus lumus untuk meraih ataupun “membeli” sokongan daripada akar umbi ARMADA, yang sememangnya tidak menyukai mantan Menteri Belia dan Sukan itu. Adalah amat logikal jika kita lihat YPC sebagai sebuah “vehicle” untuk Syed Saddiq membeli sokongan yang semakin berkurangan pada masa itu. Kenapa sebuah organisasi baru perlu ditubuhkan – walhal duit yang sama juga boleh diberikan kepada organisasi anak muda yang sememangnya aktif dan banyak di negara kita.

Inilah wajah Syed Saddiq yang sebenar – seorang sosok yang suka dilihat sebagai seorang hero, namun di sebalik tabir seolah – olah beliau adalah seorang penyangak. Adakah platfom baru yang dijanjikan oleh Syed Saddiq, yang juga mendapat sokongan dictator terulung negara kita iaitu Tun Dr Mahathir, bakal menjadi sebuah outlet untuk politik wang yang lebih teruk di Malaysia?

Comments

Popular posts from this blog

SIAPA SEBENARNYA TAMRIN GHAFAR BABA?

Siapakah Tamrin Tun Ghafar yang cuba memusnahkan UMNO dan lantang mengagungkan Tun Mahathir sejak kebelakangan ini? Mungkin ramai yang mengenali bekas ahli parlimen Batu Berendam ini, yang juga anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Ghafar Baba, namun ramai yang keliru dengan tindakannya mengkritik Raja-raja Melayu. Tamrin Ghafar Baba merupakan ahli Parlimen UMNO Batu Berendam dari tahun 1986 hingga 1995[1], kemudian dia dikhabarkan tidak aktif dalam politik. Namun pada 27 April 2010, dia muncul di atas pentas pembangkang [2] dan kemudiannya melompat dari UMNO ke parti PAS pada 12 Ogos 2012 [1]. Mengulas lanjut berkenaan isu ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada ketika itu, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata soal lompat parti dan keluar parti ini perkara biasa. Lagipun orang yang keluar parti itu adalah aset yang tidak berguna dalam UMNO. Ditanya mengenai Tamrin yang keluar parti Nazri mengulas lanjut bahawa ketiadaan Tamrin dalam UMNO lebih meny

TAMRIN TUN GHAFAR: SESUMPAH (‘CHAMELEON’) YANG TIDAK MEMBERI MANFAAT

  Tamrin Tun Ghafar adalah anak kepada Tun Ghafar Baba, iaitu bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. Di kalangan ahli UMNO, Allahyarham Tun Ghafar Baba adalah seorang pemimpin yang dihormati kerana kesetiaan dan jasanya kepada perjuangan UMNO. Namun anaknya langsung tidak mempunyai sikap sebegitu, malah semakin biadap dan kurang ajar sejak kebelakangan ini. Tamrin Tun Ghafar dikenali sebagai seorang bekas pemimpin UMNO yang sering berubah rupa dan parti. Berubah rupa di sini bermaksud dia sering menukar sokongan. Hari ini dia sokong A, esok dia akan kutuk A. Semalam dia kutuk B, hari ini dia puji B melambung tinggi. Inilah ciri-ciri sesumpah yang hanya fikir tentang dirinya sendiri saja.  Bergantung kepada keadaan, sokongannya akan bertukar kepada yang ada kuasa atau memberi manfaat untuk dirinya sendiri. Sebagai contoh, selepas membuat kacau dalam UMNO dan berbagai skandal sebagai Pengerusi MARA, Tamrin melompat ke parti PAS. Ketika ini, dia juga banyak mengut