Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2020

WAJAH SEBENAR SYED SADDIQ?

  Semakin ramai anak muda kita yang termakan dengan kata-kata manis mantan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abd Rahman kebelakangan ini. Kita sering melihat pelbagai sokongan kepada beliau di alur masa atau timeline media sosial seperti Twitter, contohnya seperti #MasaKita dan lain-lain. Adakah kita semua sudah lupa wajar sebenar Syed Saddiq? Jika kita lihat keadaan semasa di kancah politik negara, memang tidak dapat dinafikan bahawa suara anak muda itu semakin hari semakin terbiar – dan tohmahan-tohmahan yang disajikan oleh segelintir ahli parlimen di Dewan Rakyat juga secara tidak langsung telah memberi Syed Saddiq sebuah platform yang mantap untuk agenda politiknya. Hasilnya adalah apa yang kita dapat lihat pada hari ini – di mana ramai di kalangan kita yang seolah-olah mengidolakan seorang mantan Menteri yang secara jujurnya, mempunyai track record yang kurang memuaskan. Terkini viral pulak surat yang ditulis oleh Syed Saddiq kepada bekas perdana Menteri (Tun Mahathir)