Semakin ramai anak muda kita yang termakan dengan kata-kata manis mantan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abd Rahman kebelakangan ini. Kita sering melihat pelbagai sokongan kepada beliau di alur masa atau timeline media sosial seperti Twitter, contohnya seperti #MasaKita dan lain-lain. Adakah kita semua sudah lupa wajar sebenar Syed Saddiq? Jika kita lihat keadaan semasa di kancah politik negara, memang tidak dapat dinafikan bahawa suara anak muda itu semakin hari semakin terbiar – dan tohmahan-tohmahan yang disajikan oleh segelintir ahli parlimen di Dewan Rakyat juga secara tidak langsung telah memberi Syed Saddiq sebuah platform yang mantap untuk agenda politiknya. Hasilnya adalah apa yang kita dapat lihat pada hari ini – di mana ramai di kalangan kita yang seolah-olah mengidolakan seorang mantan Menteri yang secara jujurnya, mempunyai track record yang kurang memuaskan. Terkini viral pulak surat yang ditulis oleh Syed Saddiq kepada bekas perdana Menteri (Tun Mahathir)
Tamrin Tun Ghafar adalah anak kepada Tun Ghafar Baba, iaitu bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. Di kalangan ahli UMNO, Allahyarham Tun Ghafar Baba adalah seorang pemimpin yang dihormati kerana kesetiaan dan jasanya kepada perjuangan UMNO. Namun anaknya langsung tidak mempunyai sikap sebegitu, malah semakin biadap dan kurang ajar sejak kebelakangan ini. Tamrin Tun Ghafar dikenali sebagai seorang bekas pemimpin UMNO yang sering berubah rupa dan parti. Berubah rupa di sini bermaksud dia sering menukar sokongan. Hari ini dia sokong A, esok dia akan kutuk A. Semalam dia kutuk B, hari ini dia puji B melambung tinggi. Inilah ciri-ciri sesumpah yang hanya fikir tentang dirinya sendiri saja. Bergantung kepada keadaan, sokongannya akan bertukar kepada yang ada kuasa atau memberi manfaat untuk dirinya sendiri. Sebagai contoh, selepas membuat kacau dalam UMNO dan berbagai skandal sebagai Pengerusi MARA, Tamrin melompat ke parti PAS. Ketika ini, dia juga banyak mengut