Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2020

TAMRIN TUN GHAFAR: SESUMPAH (‘CHAMELEON’) YANG TIDAK MEMBERI MANFAAT

  Tamrin Tun Ghafar adalah anak kepada Tun Ghafar Baba, iaitu bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. Di kalangan ahli UMNO, Allahyarham Tun Ghafar Baba adalah seorang pemimpin yang dihormati kerana kesetiaan dan jasanya kepada perjuangan UMNO. Namun anaknya langsung tidak mempunyai sikap sebegitu, malah semakin biadap dan kurang ajar sejak kebelakangan ini. Tamrin Tun Ghafar dikenali sebagai seorang bekas pemimpin UMNO yang sering berubah rupa dan parti. Berubah rupa di sini bermaksud dia sering menukar sokongan. Hari ini dia sokong A, esok dia akan kutuk A. Semalam dia kutuk B, hari ini dia puji B melambung tinggi. Inilah ciri-ciri sesumpah yang hanya fikir tentang dirinya sendiri saja.  Bergantung kepada keadaan, sokongannya akan bertukar kepada yang ada kuasa atau memberi manfaat untuk dirinya sendiri. Sebagai contoh, selepas membuat kacau dalam UMNO dan berbagai skandal sebagai Pengerusi MARA, Tamrin melompat ke parti PAS. Ketika ini, dia juga banyak mengut

SIAPA SEBENARNYA TAMRIN GHAFAR BABA?

Siapakah Tamrin Tun Ghafar yang cuba memusnahkan UMNO dan lantang mengagungkan Tun Mahathir sejak kebelakangan ini? Mungkin ramai yang mengenali bekas ahli parlimen Batu Berendam ini, yang juga anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Ghafar Baba, namun ramai yang keliru dengan tindakannya mengkritik Raja-raja Melayu. Tamrin Ghafar Baba merupakan ahli Parlimen UMNO Batu Berendam dari tahun 1986 hingga 1995[1], kemudian dia dikhabarkan tidak aktif dalam politik. Namun pada 27 April 2010, dia muncul di atas pentas pembangkang [2] dan kemudiannya melompat dari UMNO ke parti PAS pada 12 Ogos 2012 [1]. Mengulas lanjut berkenaan isu ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada ketika itu, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata soal lompat parti dan keluar parti ini perkara biasa. Lagipun orang yang keluar parti itu adalah aset yang tidak berguna dalam UMNO. Ditanya mengenai Tamrin yang keluar parti Nazri mengulas lanjut bahawa ketiadaan Tamrin dalam UMNO lebih meny

COVID19: Penularan wabak lebih cepat berlaku dalam keadaan panik

Pelbagai faktor yang menyumbang situasi panik, antaranya adalah tindakan pencegahan yang lambat, pengurusan dan komunikasi risiko yang kurang berkesan penyaluran maklumat yang tidak tersusun sehingga membuka ruang penularan pelbagai berita viral. Kesannya, orang ramai mula melakukan perkara atau tindakan yang dianggap mereka untuk ‘survival’ bagaimanapun membuka ruang kepada penularan wabak dan risiko kesihatan yang lebih tinggi. Tinjauan wartawan mendapati orang ramai berpusu-pusu melakukan pembelian ‘panik’ di semua pasar raya dan kedai serbaneka di seluruh negara. Malah, mereka berpusu-pusu di stesen bas dan keretapi untuk pulang ke kampung halaman sejak perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasa kerajaan bermula tengah malam ini. Arahan kerajaan itu dikuatkuasakan di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Akta Polis 1967 (Akta 344) bagi mengehad dan mengawal pergerakan individu di seluruh negara sebagai langkah untuk mengurangkan interak